Sabtu, 18 Oktober 2008

arkitek pilihan suriyani "Le Corbusier"

KUIZ1 SURIYANI BINTI YUSOEP 01BSB06F521








Le Corbusier

Charles-Edouard Jeanneret, lebih dikenali sebagai Le Corbusier (6 Oktober 188727 Ogos 1965), ialah seorang arkitek Switzerland yang amat dikenali untuk sumbangannya kepada apa yang kini digelarkan modenisme, dan Gaya Antarabangsa. Beliau merupakan perintis dalam kajian teori untuk reka bentuk moden dan berdedikasi untuk memberikan keadaan hidup yang lebih baik kepada penduduk-penduduk bandar raya yang penuh sesak. Dengan tempoh kerjaya selama lima dekad, Le Corbusier membina bangunan-bangunan ikonik di merata-rata tempat di Eropah tengah, India, Rusia, dan sebuah struktur di Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan perancang bandar, pelukis, pengarca, penulis dan pereka bentuk perabot.


Villa Savoye

Vila Savoye (1929-1931) adalah bangunan yang merumuskan dengan paling padat lima perkara dalam seni bina Le Corbusier yang beliau telah menerangkan dalam jurnal, L'Esprit Nouveau, serta bukunya, Vers une architecture, dan yang belia telah memperkembangkan sepanjang abad 1920-an. Kelima-lima perkara itu adalah seperti berikut:
Perkara pertama: Le Corbusier menaikkan kebanyakan daripada struktur bangunan itu dari aras tanah dan menyangganya dengan tiang konkrit tetulang. Tiang-tiang itu, yang digelarkannya piloti, membenarkannya menerangkan kedua-kedua perkara yang berikut.
Perkara kedua dan ketiga: (1) Muka bangunan yang bebas, iaitu dinding-dinding yang tidak menyangga sebarang berat (dinding tiras) dapat direka bentuk menurut kehendak arkitek tanpa sekatan. (2) Lantai gelegar terdedah bermakna bahawa ruang lantai adalah bebas untuk direka bentuk dengan bilik-bilik tanpa membimbangkan diri dengan tiang-tiang atau dinding-dinding penyangga.
Perkara keempat: Aras kedua Vila Sayoye termasuk jalur-jalur tingkap reben yang panjang dan yang membenarkan pemandangan kawasan sekeliling tanpa disekat oleh tiang-tiang.
Perkara kelima: Sebuah tanjakan dari aras tanah ke teres bumbung tingkat tiga membenarkan sesiaran seni bina melintasi struktur. Susur tiub putih mengenangkan estetik kapal "ocean-liner" perindustrian yang Le Corbusier amat mengagumi. Dan seolah-olah membubuhkan tanda seru pada penghormatan Le Corbusier kepada industri moden, jalan masuk rumah di sekeliling tingkat bawah yang berbentuk separuh bulat mempunyai ukuran yang tepat sama dengan jejari pusingan kereta
Voisin 1929.

Tiada ulasan: